BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 7, 2010

BANJIR NOVEMBER 2010

Sepanjang 3 tahun setengah aku duduk kt BANDARAYA JITRA ni, ni la first tyme aku dan kawan-kawan ditimpa musibah banjir macam ni..

bukan sikit2 punya banjir, tapi mengikut bancian yang dijalankan terhadap penduduk asal aka permastautin tetap di sini, ratarata mereka cakap banjir yang berlaku kali ni adalah yang terburuk berbanding yang berlaku 5 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2005..

banjir kali ni jugak sama sekali telah melumpuhkan seluruh daerah kubang pasu dan daerah2 di sekitarnya..fuhh!!memang sangat-sangat terasa impaknya sebab kami satu rumah tak dapat nak keluar manamana sebab terperangkap dalam banjir..



signboard banjir...UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA!!


peristiswa banjir ni memang xdapat aku lupakan seumur hidupku sebab kami satu rumah terpaksa redah banjir separas lutut untuk ke tempat selamat disebabkan pada pagi kejadian ada exam EDU...sangat menguji kami semua sebenarnya..mau tak nya..pukul 5.30 pagi kami terkedek-kedek mengendong beg pakaian meredah arus banjir nak pi hostel..wokey!!cakap banyak2 pun bosan jugak..okey..di sini saya akan sajikan anda dengan gambar-gambar aka bukti-bukti kami mangsa banjir yang terselamat..hahah!!

lets enjoice!!!
p/s : gambar-gambar yang dipaparkan adalah dari pelbagai sumber yang sangat dipercayai..
       ada dari kamera DSLR & ada juga dari kamera henpon pelbagai cap..cap ayam tak tersenarai k..


di hadapan rumah kami...dasat x??dah jadi laut...


tengah hari : rombongan meredah banjir diketuai aunty DODI..ahakz!!
tyme ni baru lepas abes exam EDU..cayalah!!


second day : red beby gurl dan black beby boy xdapat kuar jejalan..haha
cian..tersadai lemah di garaj ferrari kami..


abes je exam, kami meluncur laju balik ke rumah..
banjir pun banjir la...


walaupun banjir kali ni hampir menenggelamkan taman mahkota yang tercinta ini, tapi kami semua takkan patah semangat dengan berpindah ke tempat lain...haha!!love taman mahkota....

sesungguhnya di sebalik musibah ini, ada hikmah disebaliknya...tyme ni la dapat kenal jiran-jiran..haha!!
almaklomla selama ni balik je class terus masuk dalam umah dok diam2..tapi bila ada kejadian macam ni, tetiba je jiran-jiran datang nak tolong apa2 yang patut..sangat terharu..baru aku taw rupa2nya pakcik alza maroon 2 lecturer rupanya..aku hentam panggil dia pakcik je walaupun umur dia around da corner..haha..opss around 40an camtu la..



okey..jom belekbelek lagi gambar-gambar yang berjaya diambil semasa banjir melanda...



flotilla bantuan menyelamatkan mangsa yang terperangkap..
sayang sangat kat IPDA...lori IPDA dikeluarkan dari tempat persembunyiannya untuk berbakti pada mangsa2 banjir..




makcik yang gagah dan tabah..tetap memasak untuk anak2nya walaupun banjir da separas lutut..
cayalah makcikk!!


rumah lama kami..taman seri murni..tenggelam separas dada..
naseb baik dah pindah dari sini..kalau  tak, confirm ak dah tenggelam di bawa arus deras..


pizza hut di tengah2 laut...



malam : semasa air baru mula nak naik..


lecturer IPDA, naik boat untuk menolong mangsa2 banjir yang terperangkap..


lebuhraya yang ditutup akibat banjir..


awasi anak anda di kala banjir melanda...




dahulunya tempat ini adalah tasik...tasik darulaman..
sekarang..laut darulaman..


di alor setar....banjir semakin buruk..



air mula memasuki ruangan dalam masjid..


okey la..setakat ni saja laporan banjir dari saya..kepada mangsa2 banjir...diharap bersabar dengan ujian ini..
sesungguhnya...ALLAH tidak akan menguji seseorang itu sekiranya seseorang itu tidak mampu..wallahulam..
aku pun mangsa banjir...aku redha coz d luar sana ada orang yang lebih teruk di ujiNya...




0 comments: